-Hati-

Hati Kita
Pagi di taman tasik ni memang dingin , indah, dengan angin memukul lembut pipi. Pehh
Tenang jiwa. Itulah,semua aturan ALLAH, diatur indah. Tersusun cantik. Sebab tu aku dengan Aril selalu kesini, joging sesama, sembang sembang sesama.
Yelah sekarang, semua masing masing busy dengan komitmen masing masing, tambah tambah pulak masing masing kelas lain lain.
Memang susah nak jumpa, so Aril dan Iman ambil inisiatif ni untuk jumpa, eratkan ukhwah masing masing gituu~
“Aril !! dah kenapa kau ni ?! “. nada Iman sedikit tinggi.
Terkejut melihat Aril yg tiba tiba terhenti daripada rancaknya berjoging, dia tersungkur ke bumi, namun dia sempat mengawal tarikan graviti terhadap dirinya daripada terus tersembam.
Aril terduduk di tepi padang, matanya layu memandang ke bumi, nafasnya tercungap cungap.
“Kau penat dah ke? takpa ,kita rehat dekat tepi tasik sana k? ”
Iman memang begitu, sifat caring-nya terpisah tidak, dari dulu lagi, so no wonder lah kalau dia dpt jawatan exco kebajikan asrama .
Mereka melabuhkan punggung di atas rumput hijau di tepi tasik tersebut. Aril juga kelihatan better daripada tadi.syukur .
Kenapa kau Aril? selalu, kau yg pecut, potong aku, kalau time joging, ini kau pulak yg nmpak lain,kenapa ni? soal Iman.

Aril diam .diam dan terus diam. Dia tertunduk, langsung tidak mengendahkan keindahan tasik di hadapan mereka.
“Weyh…aku sakit lagi laa” kedengaran suara Aril setelah beberapa minit keadaan seakan akan jeda seketika.
Kenapa? Tenang Iman menyoalkan kepada Aril.

Aril meneruskan lagi bicaranya. Sakitlaaa, Hati aku nih . Dah Kali ke berapa kena henyak pun aku tak tahu laa, dah lunyai dah kot rasanya. habis. Terkoyak rabak dibuatnya.
Ouh,Laila laa penyebabnya? balas Iman.
Aril diam kembali, jelas kelihatan, dia dalam keadaan sangat sedih, macam aku dulu, perit, rasa mcm bernafas tanpa udara.menangis pulak , tanpa airmata.
takda siapa tahu aku sedih , aku merana .
“Ril, ko tahu Ril? kita sebenarnya, dah banyak lalai, salah beri hati kepada pemilik yg sepatutnya .Kita….. ”
“Arghh ko apa tahu? aku dengan Laila Tu dah lama “sama sama” , tiba tiba ja, dia buat perangai, ahhhh”
tak sempai Iman menghabiskan bicaranya,Aril terlebih laju memotong line, takpa.faham.orang tengah frust..

***

Hati kita perlu rawatan

Aku penah rasa Ril, aku tahu ko sakit, kenapa ko tak pulangkan hatikau utk dirawat Ril? :)
Haa? rawat?.
Ye. Pulanglah pada ALLAH ,
Dialah yg menciptakan cinta dalah diri kita, Dialah yg memegang hati kita .
Kalau dulu, kita gantungkan hati kita dekat  manusia, why  not kita berubah? beri hati kita ni dekat ALLAH. biar Dia uruskan semuanya.
Lagipun kan Aril, cinta manusia, cinta duniawi, tak kekal lama pun, apatah lagi kalau dia bertaliankan ikatan yg haram, iaitu… hmm kau tahu tahu jelah kan?

Minda Aril terus bertindak flashback apa yg didengarinya masa usrah , seketika dulu.
Tahu kenapa couple tu haram? sebab boleh jurus kepada zina. kalau nk jugak kat dia masuk minang lah. jumpa mak ayah dia. kawen.

Hah, dah memang terang lagi berspotlight, ayat ALLAH,
Dan janganlah engkau MENGHAMPIRI zina.
Tapi disebabkan mindset Aril yang lebih menurutkan hawa nafsunya.dia balas balik statement tadi dengan

“Alah, lek sudaa, kami couple je pun, takdanya nak pegang pegang, kami mesej jee pun, kalau jumpa pun, mesti ada teman, aku bawak Ali, si Laila Tu pulak bawak kawan dia, Aina”
Eh, tapi, Ali dengan Aina tu couple  kan? heh .

Betul Aril , Hati kau perlukan ubat, perlu dijahit semula rabak di hati tu, perlu disuburkan dengan cinta balik.
Carilah cinta ALLAH , pasal puteri dihati kau tuu, takpaa, biar,kau dapat yg lebih baik nnt, insyaallah .
Jomlaa, kau pandu aku, aku pandu kau. kita sama sama menuju cinta ALLAH. Bibir Iman mula menggariskan garisan yg manis dipandang

Jom?
Hmm, Aril angguk sambil senyum, hatinya kini disirami sinaran dan harapan baru

“Hasbi Rabbi Jallallah , Ma Fi Qalbi Ghoirullah ”
tiada dihatiku selain ALLAH.
ALLAH ya rabbi.
Moga persahabatan kami kekal hingga syurgaMu, dan Tiada renggangnya lagi akibat cinta duniawi,
Aril, aku sayang kau sangat sangat. Desis hati kecil Iman
-Nisa Afina-

♥Thanks For Reading My Entry!Do Like And Share!♥

1 65 comment:

Noratiqah Adib said...

Thanks untuk peringatan. :)