Ada lagi yang menarik disini ^-^

-Bila Kesedihan Dan Kekecewaan Datang Menyapa Lagi-

kesedihan dan kekecewaan

Ramai yang menitiskan air mata di saat sedih, kecewa. Setiap manusia sudah diciptakan begitu. Inilah yang dinamakan fitrah. Namun, kadang-kadang, kesedihan dan kekecewaan kita itu berpanjangan. Ramai yang sedih kerana kehilangan sesuatu yang di sayangi, kegagalan dalam sesuatu pekerjaan dan pelbagai lagi.
Semua ini lah yang dinamakan mehnah dan juga tribulasi buat kita semua di dunia ini. Sukar dan perit untuk melalui semua ini. Jadi di sini, ingin saya berkongsi sedikit bersama sahabat dan juga seluruh pembaca tentang bagaimana untuk kita mengurangkan rasa sedih dan kecewa itu. Dengan harapan semua ini dapat memberi manfaat kepada anda dan juga saya.
Kadang-kadang hati kita terasa gelisah dengan apa yang membuatkan hati kita sedih dan kecewa. Ada sesetengah dari kita, bertindak di luar kewarasan akal. Ada yang marah kepada insan lain yang mungkin menjadi penyebab kepada kesedihan kita itu, ada yang berfoya-foya dan membuang masa bersama rakan. Semua itu usaha mereka untuk hilangkan kekecewaan.
Tidak kurang juga mereka yang berkurung di dalam bilik, tidak makan, tidak bercakap dan sudah tidak seperti manusia lain. Pada peringkat awal kita mengalami kesedihan dan kekecewaan ini, mungkin murung itu perkara biasa. Tetapi, wajarkah jika kemurungan itu berpanjangan? Apakah ianya member kesan yang baik untuk kita? Sama-sama kita renungkan seketika.

Kesedihan Dan Kekecewaan

Apabila kesedihan dan kekecewaan ini datang menyapa, berilah ruang dan waktu untuk diri kita berehat sekejap, muhasabah diri kita. Kerana mehnah dan tribulasi yang kita hadapi itu datang dari Allah. Kadang-kadang melalui ujian itu, DIA ingin mengingatkan sesuatu kepada kita. Itulah pentingnya untuk kita berfikir sejenak, renungkan kehidupan kita selama ini. Mana yang tidak elok, kita cuba perbetulkan.
Ingat lah kembali apa tujuan kita hidup. Adakah ianya hanya untuk mendapatkan apa yang kita inginkan? Adakah kita yang menguasai dunia ini? Dan adakah tempat tinggal kita selamanya di dunia ini?
Kita hidup ini, bukan hanya untuk mendapatkan apa yang menyeronokkan hatikita. Saya dan anda juga pernah melalui saat-saat kesakitan dan kesedihan dalam menghadapi ujian Allah SWT. Kadang-kadang, saya sendiri rebah dan terasa sudah tidak terdaya lagi untuk bangun. Tetapi, bila difikirkan kembali, ‘apakah tujuan aku hidup?’.
Persoalan tu benar-benar menusuk ke jiwa. Dan saat ini harus kita ingat, di dunia ini cuma persinggahan, tempat untuk kita mencari sedikit bekalan untuk dibawa kembali kepadaNYA nanti.
Seterusnya, sematlah di jiwa dan minda kita bahawa semua yang ada di dunia ini termasuklah tribulasi dan mehnah yang kita dapat itu adalah datang dari Allah. Apa yang kita sayang itu juga datang dari Allah, kejayaan dan kegagalan itu juga datang dari Allah. Hatta, perasaan sayang, kecewa, sedih dan gembira itu juga datang dari Allah.
Kesedihan Dan Kekecewaan
Kesedihan Dan Kekecewaan
Semuanya datang dari Allah. Jadi, usah lah kita bersedih berpanjangan, kerana Allah bersama kita dalam apa jua keadaan dan semua itu datang dari Allah dan pastinya perasaan sedih dan kecewa itu juga lama-kelamaan akan pergi. Dekatkan lah diri pada Allah. InsyaAllah DIA akan membantu kita.
Seseorang yang berusaha menjadi hamba yang soleh dan solehah itu, pasti akan mengaturkan langkahnya di bumi ini dengan rapi dan kemas. Langkah itu bertunjangkan satu matlamat iaitu untuk mendapatkan keredhaan Allah.
Di saat kesedihan, cubalah pujuk hati, ucapkanlah “Ya Allah, hamba terima semua yang berlaku ini untuk mendapatkan keredhaan-Mu, kuatkanlah hamba untuk menghadapi semua ini.” Memang kadang-kadang walau sejauh mana pun kita memujuk hati ini, terdetik juga kesedihan itu walau se saat. Kan?
Walaupun begitu, cubalah untuk terus mendidik hati kita untuk sentiasa bergerak hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah. Percayalah pada Allah. DIA menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kita. Apabila kita redha, DIA akan meredhai hidup kita. Dan di setiap kesedihan itu, pasti DIA telah mempersiapkan sesuatu yang membahagiakan kita.
Yang terakhir, banyakkanlah berzikir dan berdoa. Semua ini terlalu mudah untuk kita lakukan kerana perlakuan ini tidak terhad. Di mana pun kita berada, kita boleh untuk berzikir dan berdoa. Perkara ini cukup penting walaupun mudah. Kerana kedua-dua aspek inilah yang akan menghubungkan hati kita dengan Allah setiap masa.
Penutup:
Semua yang dinyatakan di atas ini hanyalah sedikit perkongsian buat sahabat. Mungkin ada tips-tips lainnya untuk mengurangkan kesedihan dan kekecewaan itu. Tetapi inilah yang sentiasa saya praktikkan untuk diri ini. Kadang-kadang air mata itu tetap mengalir di saat kesedihan dan kekecewaan. Tetapi dengan perkara di atas ini, serba sedikit saya mampu memujuk hati ini.
Jika terdapatnya pertambahan, boleh lah kita kongsi bersama. Semoga hidup kita sentiasa di berkati oleh NYA. Teruskan berusaha menjadi manusia yang lebih baik walaupun dosa masa lampau kita itu mungkin terlalu besar dan memberi kesan mendalam pada hidup kita. Namun, percayalah pada Allah. Yakinlah pada DIA.

♥Thanks For Reading My Entry!Do Like And Share!♥

1 65 org brbisik kt fifah:

Batu Adventure said...

nice day:)
saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
yang saya kemarin..


bagi-bagi motivasi yaa.. :)


http://wisataoutboundmalang.com/