Hati yang patah
Untuk yang sedang
bersedih
Beramalah kerana Allah,
agar peluhmu tidak sia-sia. Jangan kau hentikan amalmu kerana banjir airmata kecewa yang
menghalang jalanmu.
Sesungguhnya Allah tidak pernah luput hitungannya. Dia akan meninggikan setiap
hamba yang jatuh bangun menyempurnakan pengabdian padaNya.
Wahai jiwa yang sedang
layu…
Panjangkanlah sujudmu di
malam-malam sunyi. Agar kau tahu bahawa keindahan tetap bersemayam di hati orang-orang yang mendapati cinta Illahi.
Dan menangislah sepuasnya… ketika hanya ada kau dan Dia. Adukan sahaja segala
resahmu. Sebab dialah yang
memiliki jawapannya.
Wahai jiwa yang sedang
dirundung gelisah…
Jangan pernah berhenti
mendengarnya bertutur. Walau ceritanya merobek-robek harapan yang sedang kau
tumbuhkan. Kadangkala manusia tidak mengenal dirinya sendiri bukan? Dengarlah
nasihat seorang bijak, tentang seseorang yang sedang mencari kebahagiaan.
Kebahagiaan hanya akan diperoleh dengan banyak memberi.
Untukmu yang sedang
luka..
Jangan pernah engkau
hentikan lantunan ayat-ayat cinta. Sekalipun suaranya
tenggelam tertelan riuh desakan air mata. Kau tidak akan pernah tahu siapa yang akan
terubat dengan lantunanmu. Maka teruskanlah nyanyian sucimu.
Hai pemilik hati yang
patah..
“…yang kau sayang selalu
sahaja menerbitkan kesedihan hatimu..” Percayalah bahawa cinta dapat
ditumbuhkan dimana saja. Jika hati diumpamakan
pintu, adalah wajar jika kita mengetuk pintu yang salah. Insya Allah, Kau yang akan menemukan pintumu.
Mintakan pada Dia yang Menebar Cinta!
Kawanku yang dicintai
Allah..
Hidup ini hanyalah
permainan yang harus kita mainkan dengan sungguh-sungguh. Maka, tiada gunanya
berlama-lama dalam duka. Duka yang bertahun hanya akan membuatmu buta akan
banyak kebahagiaan yang disajikan Allah padamu. Duka yang kau genggam akan
membuatkan mu jauh dari rasa syukur.
Ini untukmu yang
sedang bersedih
Dalam rangka menasihati diri sendiri…
2 65 comment:
Terbaik..
hai sy dtg dr contest .. jom join! http://yuyukstandalone.blogspot.com/2013/06/contest-mereka-tagline-jelitawanis.html