When someone comes
into your life, Allah sends them for a reason. Either to learn from them or be
with them till jannah..
Perpisahan. Clash.
Break up. Putus.
Pernahkah anda semua
mengalami situasi ini?
Mungkin inilah
perkataan yang sangat menyeksa jiwa kebanyakkan daripada kita. Kita merasakan
ini adalah satu “musibah” yang sangat besar, yang sangat menyesakkan dada, yang
mudah sekali untuk menjatuhkan butiran air mata. Kita tidak ingin melepaskan
seseorang ketika begitu banyak saat-saat indah bersamanya, yang sentiasa
terbayang di benak kita.
Kita tidak ingin
melepaskan seseorang ketika kita takut tidak dapat menemui yang seperti dia
lagi dan kita merasakan hanya boleh bahagia dengannya sahaja. Kita takut,
apabila berpisah dengannya, kita tidak akan ada sesiapa lagi.
Ada juga diantara kita
yang terpaksa memutuskan hubungan atas dasar keluarga yang tidak merestui.
Tidak sama taraf, perbezaan agama, faktor jarak dan pelbagai lagi alasan yang
kita tidak mampu kawal. Dan yang paling baik dan terpuji bagi saya, adalah
mereka yang memutuskan sebuah hubungan cinta kerana ingin menjaga agama dan
maruah diri dari fitnah dan dosa cinta.
Namun saya pasti,
setiap terjadinya “putus hubungan” ini, pasti diiringi dengan air mata,
kesedihan, kemurungan dan rasa kecewa. Kalau tak banyak, mesti apa juga secebis
perasaan ini even sedikit. Tapi ia tak pelik pun, normal. Tiada manusia
yang tidak sedih dengan sebuah kehilangan. Mana ada manusia yang mahu
kebahagiaannya hilang.
Tetapi mengapa kita
perlu bersedih berlebih – lebihan? Apakah alasan utama yang kita untuk terlalu
sedih untuk sesuatu yang masih tiada hitam putih, yang masih ghaib. Lagikan orang
yang sudah berkahwin pun boleh bercerai.
Kenangan? Kerana
terlalu banyak saat indah bersamanya? Hidup ini bagaikan putaran roda, jangan
menyandarkan hidup kita hanya kepada kenangan. Mungkin pada waktu lalu kita
gembira bersama dia, tetapi sekarang adakah kita masih gembira? Dan apa yang
pasti, masa depan belum tentu menjanjikan rasa bahagia seperti masa lalu.
Dan kesedihan yang
sedang kita lalui ini, tidak selamanya akan begini. Percayalah, kita akan temui
bahagia setelah diuji untuk bersabar.
Setiap kehilangan ada pembelajaran yang membuat jiwa makin dewasa. Atau mungkin
menjadi sebuah proses untuk melepaskan sebuah ego dalam diri. Di saat
kehilangan, kita jadi meringkuk seperti bayi yang tak punya kuasa.
Kita harus melepaskan
seseorang kerana kita tahu jika Allah mengambil sesuatu, Dia telah siap memberi
yang lebih baik.
Kata orang bijak, manusia tak memiliki apa-apa
kecuali pengalaman hidup. Kita sedar kita tak pernah memiliki apa-apa pun,
kenapa harus tenggelam dalam kepedihan yang berlebihan ketika kita kehilangan?
Takut untuk Memutuskan
cinta.
Ini lagi satu masalah
yang menghantui kebanyakkan orang. Takut untuk meminta kata putus. Memang
susah untuk memutuskan cinta dengan seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti dan tidak mahu orang yang mendendami.
Sebelum itu, apa yang
menyebabkan kita patut memutuskan hubungan? Putuslah jika orang yang kamu suka
itu seorang yang fasik, tidak melakukan solat, mengajak kamu melakukan maksiat,
tidak memberatkan agama. Juga putuslah jika cinta ini melalaikan kamu dari
Allah, pelajaran, ibu bapa.
Jangan teruskan
hubungan dengan orang yang tidak serius dengan sebuah perkahwinan. Suruhlah dia
datang jumpa ibu bapa, Jika dia betul – betul dengan anda. Janji mulut sahaja
tak cukup, kena tunjuk usaha. Percayalah, cinta selepas nikah itu lebih indah.
Saya ulang sekali
lagi, cinta selepas nikah itu
lebih indah.
Memutuskan. Perkara
sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti
seseorang. kalau hubungan itu menjurus ke arah dosa dan kelalaian, maka
putus sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak
kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia
ataupun menyakiti Allah?
Suatu hari nanti kita
akan rasa betapa bertuahnya diri kita. Kita akan sedar betapa beruntungnya
Kita diuji sebegitu. Cuma awak kena bangun dan teruskan hidup terlebih
dahulu,- penulisbuta
Takdirkanlah yang
terbaik untukku apapun keadaannya dan jadikanlah aku redha dengannya.. amin..
0 65 comment: