-Manusia Ada Hati Dan Perasaan-

Bila cakap tentang hati dan perasaan kekadang aku sendiri terkedu dan tidak tahu apa yang harus dipikirkan dan apa yang harus dilakukan. Tentang hati dan perasaan ni merupakan aset yang tersanggat lah sensitif. Aset yang tersanggat sensitif dan tidak boleh dibuat main dan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. 

Sukar untuk kita sendiri menjangka hati dan perasaan orang. Mereka juga tidak dapat menjangka hati dan perasaan kita. Mungkin disebabkan kita bukan manusia yang luar biasa yang dapat membaca isi hati dan perasaan mereka. Kalaulah kita dapat berbuat sebegitu tentu haru hara dunia nanti. 

Selama ni apa yang kita tidak puas hati kita bisikkan pada hati, kita mengadu pada jiwa dan hanya diri kita yang tahu. Bukan mudah menjaga hati dan perasaan kita. Kadang kala kita rasa tidak berpuas hati dengan diri kita sendiri. Pada masa yang sama lubuk hati kekadang penah berkata " Alangkah beruntungnya kalau aku menjadi si dia...." Mesti pernahkan dialog macam tu menjelma dalam fikiran kita? Yaa. aku sendiri pun penah alami. Sesungguhnya manusia sememangnya sukar bersyukur dengan apa yang dimiliki. Malah sibuk tentang apa yang dia tidak miliki.

Sebagai seorang manusia aku tidak lari dari kesalahan. Manusia tidak pernah sempurna. Kesalahan yang dilakukan yang dapat mematangkan akal seseorang. Walaupun kadang kala yang kesalahan dilakukan tanpa kita sedari. Mungkin ada juga silapnya dari kita sendiri, kita kena akui itu, kita hanya manusia biasa. Kita bukan manusia yang sempurna dan tiada manusa yang sempurna dalam dunia ini.

Kadang kadang apa yang kita  lakukan seolah olah satu benda yang sukar diterima oleh orang lain. Ada masa kita sedaya upaya nak menghiburkan orang lain, nak bagi orang disekitar kita, kawan kawan kita gembira tapi seolah oleh usaha kita langsung tidak dihargai dan lebih parah mereka mempermainkan usaha kita. Salahkah kita nak bahagiakan orang disisi kita? Berdosa ke? Kita hanya manusia biasa :") Pecaya dengan takdir Allah ^^

-AinSyah-

♥Thanks For Reading My Entry!Do Like And Share!♥

2 65 comment:

nunnaly said...

"Biar orang buat kat kita, jangan kita buat kat orang"
Quoted by SAM. ehhehehe

btw, jom join MEGA GIVEAWAY by me.
http://belognanabyte.blogspot.com/2012/11/1st-mega-giveaway-by-girl-on-slope.html

prog muten said...

Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.
Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
Harga serendah RM1.00/pcs.
Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:
http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/