Ada lagi yang menarik disini ^-^

-Saat Kesunyian Datang Menyapa-

Mungkin kita smua prnah rasa kesunyian melanda  diri kita

time tu kita pasti rasa diri kita ni amat hampa, ada yang seakan hilang entah ke mana atau pergi mengembara jauh ke sana.

Hati rasa begitu terseksa hingga di malam hari pun kita selalu terjaga. masa tu kita fikir xde seorang pun yang dapat faham  kita, xde tempat untuk berkongsi cerita, berkongsi duka dan berkongsi rasa.

Hidup menjadi semakin terseksa hingga xlagi bermakna.

Bila itu yang kita rasakan, mungkin ada yang selama ini kita lupakan. Bahawa ketika kita sedar dari mimpi dan termanggu dalam kesunyian, di saat itu sebenarnya Allah ada bersama kita.

DIA selalu memantau dan menemani kita dengan kasih sayang yang begitu dalam.
DIA akan selalu menemani tidur kita yang sepi dan menjaga diri kita yang lemah ini.

Namun, hal itu hanya akan terjadi bila kita mahu meyakini bahawa Allah itu benar adanya dan tentunya nama-Nya sudah termateri di hati kita.

Dengan kata lain, kita mahu mengimani dan mencintai-Nya dengan sepenuh jiwa.

Pernahkah kita menyedari hal ini? Allah telah memberikan kita begitu banyak nikmat dan anugerah kepada kita maka nikmat Allah yang mana lagi yang hendak kita dustakan?

Allah telah membuat hati yang muram menjadi tenang, yang suram menjadi bercahaya dan yang kerdil menjadi raksasa.

Sepertinya kita tidak boleh larut dalam kesedihan, kerana boleh jadi Allah menganugerahkan rasa sepi dalam hati kita untuk menguji betapa kuat cinta kita.

Sehingga dengan sepi itu kita mampu untuk lebih khusyuk untuk mendekati-Nya.

Rasulullah SAW bersabda,
“ Sesungguhnya orang mukmin itu adalah orang yang luar biasa, seluruh perkara dalam hidupnya adalah baik baginya. Ketika mendapat kemudahan ia bersyukur.Itu adalah baik baginya dan apabila ia ditimpa kesulitan maka dia bersabar dan itupun juga adalah baik baginya.”

♥Thanks For Reading My Entry!Do Like And Share!♥

2 65 org brbisik kt fifah:

Misz Mieza said...

Mohonlah pada DIA yang satu agar diberikan kekuatan & ketabahan untuk menempuh hari esok yang mungkin lebih hebar cabaran & dugaannya.. =)

kemey said...

semoga kita tergolong dlm golongan org yg bersyukur dan bersabar..