Persahabatan Dan Percintaan, Berbeza oke?

Hati yg telah bertahun-tahun diajar untuk menyayangi seorang insan yg digelar sahabat. Dan hari ini, hati ini cuba untuk diajar bagaimana untuk menyayangi seseorang yg bernama sahabat itu lebih dari tahap yg sepatutnya. Hari ini, hati dipaksa menerima satu perasaan plastik seorang sahabat dan perasaan itu dinamakan Cinta.

Kata hati 'Maaf, aku tak bisa. Maaf aku tidak mungkin berbuat begini. Aku tidak suka dipaksa. Aku tidak bersedia untuk begini. Aku tidak mampu menukar status ini. Aku sygkan persahabatan ini. Aku ingin selamanya kita kekal bersahabat. Aku tidak ingin mencemarkan kesucian persahabatan ini dengan perasaan Cinta y sementara.''

Kata sahabat, 'Aku tidak bisa hanya bersahabat. Aku sygkan kan kamu lbh dari seorang sahabat. Aku ingin selalu menjagamu. Aku ingin membahagiakanmu. Aku ingin  selalu disampingmu. Aku ingin memilikimu. Benarkan aku.. ''

Sahabat. Aku ingin disayangi. Aku ingin dikasihi. Aku ingin dicintai. Aku juga ingin dibahagiakan. Namun tidak begini. Benar aku ingin dimiliki, namun tidak begini. Bertahun-tahun aku diajar bagaimana utuhnya persahabatan kita, suci tanpa noda cinta. Dan pabila saat ini aku diasak dengan perasaan cinta kamu, tidak. Maaf aku tidak bisa.

Aku mohon, hormatilah aku. Aku mohon, pandanglah seketika ke mataku. Harus kau tahu, tiada cinta dariku buatmu. Yg ada hanyalah suatu perasaan yg maha hebat. Yg berganda-ganda hebatnya dari cinta yakni perasaan kasih padamu sebagai seorang sahabat. Fahami prinsip hidupku. Aku lebih suka kita begini. Bersahabat. Bercerita dan berjenaka. Itu lebih indah. Dan indahnye persahabatan takkan mampu dibeli. tiada terbayar jua tidak mungkin dicari dimana-mana. Yg pasti. Persahabatan itu indah.

Risau. Aku risau. Jika ada cinta antara kita, kita tidak kan mmpu bersahabat seperti dulu. Jujur aku akui. Kamu mmg baik. penyayang. Segala-galanya ttg kamu menyenangkan hati aku. Tetapi aku tidak bisa bercinta. Hatiku ada pada Dia. Cintaku juga pada Dia. Harus bagaimana lagi aku sahabat?
Maafkan aku. Keputusanku pasti. Aku tidak mampu.
Permisi, salam kasih buatmu :))


♥Thanks For Reading My Entry!Do Like And Share!♥

3 65 comment:

KAMI ;) said...

suka dgn ayat bob marley tu.. :)

maya anis said...

:) enjoy ur self .

Iena Eliena said...

Assalammualaikum
singgah sini(^_~)
cik iena nk invite join 1st giveaway cik iena
jom terjah blog cik iena
http://www.ienaeliena.com/2012/05/1st-giveaway-by-iena-eliena.html
tHanKs..