semuanya bermula dr seorang dia dan seorang awak

                                                        
Awak.
Ingat lagi tak kisah lama dia dan awak?
Cerita suka dan duka dari dua orang budak.
Bila dikenang kembali kisah itu mengundang gelak.
Zaman yang paling indah adalah zaman kanak-kanak.

Dia kenal awak dari sekolah rendah.
Rasa suka telah ada walau dua-dua masih mentah.
Awak seorang lelaki yang menjadi kebanggaan sekolah.
Sedang dia pula cuma pelajar nakal yang bermasalah.
Entah macam mana suka itu boleh bercambah.

Jarak masa kemudian bertindak memisahkan.
Sejak itu dia ingat awak cuma tinggal kenangan.
Kisah pramatang kalian takkan dia lupakan.
Segala salah faham menjadi lafaz yang tersimpan.
Nama unik awak tetap kekal di ingatan.

Tanpa dia sangka satu hari takdir menemukan kembali.
Yang peliknya hati dia untuk awak masih ada lagi.
Awak juga menunjukkan isyarat pada dia awak masih ada hati.
Dalam diam dua-dua senyum lebar sepanjang hari.
Kisah lama kembali terlakar tanpa mereka sedari.


Awak.
Tahu tak awak semuanya berubah sebab awak?
Dari pendiam menjadi petah bercakap kerana awak.
Dari penakut menjadi berani atas nasihat awak.
Dari hati batu menjadi sensitif kerana awak.
Takkan itu pun awak masih tidak nampak?

Dia sendiri pelik dengan perubahan diri dia.
Setiap masa awak bagai sentiasa ada di sisi dia.
Puas dia tolak mentah-mentah kata awak cuma sementara.
Tapi dia kalah dengan hati dan perasaan sendiri juga.
Dia sedar yang kali ini dia memang telah jatuh cinta.

Sejak dia kenal erti suka dia sudah mula berubah.
Semua yang dia buat mula jadi tak tentu arah.
Dia yang pemarah sudah boleh kawal lemah.
Orang lain kata ada sesuatu yang mengubah.
Dia cuma diam mengiyakan memang sudah.

Hati dia sudah dimiliki oleh lelaki biasa yang ada rasa cinta.
Tidak sehebat sesiapa tapi cukup hebat dimata dia.
Apa saja tingkahlaku awak semuanya cuma menambah suka.
Terkadang gila-gila terkadang luar biasa.
Ah, awak memang istimewa pada pandangan mata dia.



Dari perempuan lasak awak ubah jadi sopan.
Walau tak cukup ayu kata awak masih boleh tahan.
Dari hujung rambut hingga hujung kaki awak buat perubahan.
Tiada lagi kata-kata kasar yang dia keluarkan.
Sebab awak, dia kembali menjadi 'perempuan'.

Tapi orang sekeliling mula pandang serong.
Mana padan lelaki macam awak dengan perempuan bengong.
Berkali awak pesan jangan layan mereka yang berlagak bodoh sombong.
Apa yang mereka bicara hanya omong kosong.

Dia tahu masih jauh jarak taraf dia dan awak.
Dia sedar masih jauh berbeza diri dia dan awak.
Dia faham masih jauh jarak kepandaian dia dengan awak.
Jangankan bersama, memandang saja dia rasa tidak layak.
Ramai lagi perempuan diluar sana berebutkan awak yang lagi berhak.


Awak.
Tahu tak apa yang buat dia rasa sangat bertuah?
Bila dalam keadaan genting nafas awak tak pernah lelah.
Awak atasi masalah tanpa sedikitpun rasa lemah.
Dalam masa yang sama tubuh dia tetap awak dakap di sebelah.
Buat dia makin yakin yang untuk dia, awak takkan pernah menyerah.

Demi dia, banyak yang telah awak korbankan.
Masa lapang yang sikit pada dia awak luangkan.
Wang ringgit telah selalu awak hadiahkan.
Ego kelelakian depan dia awak jatuhkan.
Dia bukan mata duitan.
Tapi awak terus-terusan beri perhatian yang menggilakan.

Jadi sekarang tugas dia pula yang hendak dilakukan.
Hubungan terahsia dia dan awak akan dihebahkan.
Biar satu dunia tahu yang dia sedang dalam percintaan.
Puas dia kuatkan semangat untuk berdepan dengan kenyataan.
Dan bila dia pandang awak, dia yakin dengan keputusan yang dilakukan.

Bila dengan awak dunia dia berubah seratus lapan puluh darjah.
Budak hingusan tepi jalan dahulu telah bertukar wajah.
Dari itik hodoh menjadi angsa putih yang gah.
Semuanya sebab bila awak ada di sebelah.

Notes : Dugaan yang datang hari ke hari buat aku makin sedar yang aku sentiasa perlukan dia di sisi. Bukan untuk kepentingan sendiri, tapi demi hati yang sentiasa merindui. Sayang, ni untuk awak. <3



♥Thanks For Reading My Entry!Do Like And Share!♥

0 65 comment: