dalam hati
Dalam hati
Siapa yang mengetahui
isi hati seseorang?
siapa yang dapat
menyelami seberapa dalamnya hati seseorang? Bila kita melihat seseorang
tersenyum apakah dia benar-benar bahagia? bila seseorang menangis adakah itu
bererti dia sedang bersedih? adakah kenyataannya seperti yang kita lihat?
Hati, tidak ada
seorangpun yang mampu meneka dengan pasti sedalam mananya hati kita sendiri,
kadangkala kita tidak dapat memahami apa yang ada di dalam hati.
Apa yang dilihat
di luar belum tentu itu mencerminkan apa yang ada di dalam
hati. Bukan bererti
perlu hipokrit tetapi kadang – kadang orang lain tidak perlu tahu apa yang
sebenarnya kita rasakan saat itu. Apabila kita bahagia tidak perlu kita
memperlihatkan kebahagian itu secara berlebihan kepada orang lain. Ketika kita
bersedih tidak perlu juga mereka mengetahui seberapa sakit yang menimpa kita
hingga membuat kita bersedih.
Begitu juga ketika hati
kita merasa jengkel, jangan sampai orang lain kena getahnya.
Cukuplah kita sendiri yang mengetahuinya dan Allahlah tempat kita menumpahkan
segala rasa yang ada di hati, hanya Allah tempat kita mengadu, tempat kita
berserah diri. “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah
adalah sebaik-baik Pelindung.”
Waktu ini,
disuatu tempat ada hati yang begitu bahagia, seolah – olah ia ingin
tersenyum setiap saat. Ya, di sana ada hati yang berbunga-bunga kerana akan
memiliki apa yang sangat dia harapkan selama ini, dia sedang menunggu hari
besar dalam hidupnya. Saya dapat membayangkan bagaimana hati yang dipenuhi
dengan kebahagiaan, kesenangan dan suka cita.
Tetapi sebaliknya,
disini ada hati yang terluka kerananya, sedih kerana kebahagiaan yang dirasakan
olehnya. Tahukah dia bahawa ada hati yang sakit disaat dia sedang merasakan
kebahagiaan yang sempurna? Tahukah dia bahawa ada seseorang ingin menangis
ketika dia tersenyum dan ketawa?
Dalamnya hati siapa
yang tahu? senyum kita masih ada, tawa kita kadang masih terlihat dan gurauan
itu juga masih kita berikan kepada setiap orang di dekat kita, tidak ada yang
tahu bahawa disebalik apa yang mereka lihat dari mimik wajah & tingkah laku
kita sebenarnya kita sedang terluka.
Kita ingin menangis saat
itu, tetapi tidak ada yang tahu tentang itu. Hanya Allah dan kita sahaja
yang mengetahui dalam hati, hanya Allah tempat kita mengembalikan semua rasa di
dalam hati, hanya Allah pengubat sakit &
lara hati ini. Hanya dengan
mengingat Allahlah kita berusaha menenangkan hati ini ketika kebahagiaan
seseorang merenggut kebahagian kita, ketika tidak ada seorangpun yang
memahami perasaan dalam hati kita.
Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahuakbar walahaulawalaquwataillabillah rangkaian kalimat ini yang membasahi bibir kita,menggetarkan hati yang sedang kita pupuk kembali, menemani butiran air yang menitis dari kelopak mata.
Sabda Rasulullah “Perbanyakkanlah
membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah
ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah kebimbangan”
(Riwayat Al-Uqaili melalui jabir r.a.)
Hasbunallahu wa ni’mal wakiil ni’mal maula mani’man nashir
Ya Rabb…
Semua datangnya dari
Engkau dan semua akan kembali kepada Engkau, maka aku serahkan semua rasa ini
kepadaMu Ya Rabb… Kuatkanlah aku menghadapi setiap ujian yang Engkau
berikan, Ikhlaskanlah hati aku untuk menerima setiap takdir yang Engkau
tuliskan kepada aku.
Hanya Engkau Ya Rabb yang mengetahui dengan benar dalamnya hati aku maka aku memohon tuntunlah diri ini untuk tetap berada dalam kebenaranMu Amin Allahumma Amin
0 65 comment: